Sunday, December 1, 2013

Lambang B...Sunnah Rasulullah Yang Ditinggalkan



                       lambang b sunnah rasulullah yang ditinggalkan 1

Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz

berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok.



(saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak.

Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ,

ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang

’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah

terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi.

Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa)

di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar

tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang.

Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan

sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah

di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi

mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini

kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah

Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.

---------------------------------------------------------------

Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan

kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan

lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap,

sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya

sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat

Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

## jika kita tak mampu menjadi ustaz yang memberi ceramah agama, jadilah pembaca yang

memberi manfaat kepada orang lain dengan menyebarkannya . Tekanlah SHARE/KONGSI ,

in shaa Allah , pahala besar menanti anda .

~sumber dari facebook saudara seislam~





Fuad Suhaimi: xde kje ke ape korang ni.....bak kate UAI laa.... xyah nak berbalah laa pasal isu tangan ni.... mane2 pun boleh..... sbb pd zaman Rasulullah xpnh pun org tunjuk gne ibu jari(diluar solat).... apatah lg org yahudi. tu je sbbnye.... tp yang pasti ayat al-qurandi bwh ni adalah yang sebetulnye

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].



No comments:

Post a Comment