Doa Rasulullah buat Muslimin
Doa adalah senjata ampuh umat Islam. - Gambar hiasan
ADA sebuah doa
yang biasa dibaca oleh Nabi SAW
dan jika direnung dan dihayati
secara mendalam, ternyata sangat
mencakupi pelbagai permohonan.
Daripada Abu Musa al-Asyaari ra,
Rasulullah berdoa:
" Ya Allah,
ampunilah kesalahanku, kebodohanku,
dan perbuatanku yang
berlebihan dalam urusanku,
serta ampunilah kesalahanku
yang Engkau lebih mengetahui daripadaku.
Ya Allah,
ampunilah kesalahanku, kemalasanku,
kesengajaanku, kebodohanku, gelak tawaku
yang semua itu ada pada diriku.
Ya Allah,
ampunilah aku atas dosa
yang telah berlalu, dosa yang mendatang,
dosa yang aku samarkan dan
dosa yang aku perbuat
dengan terang-terangan,
Engkaulah yang mendahulukan
dan Engkaulah yang mengakhirkan,
serta Engkau Maha Berkuasa
atas segala sesuatu. "
(Riwayat Bukhari)
Tema di dalam doa itu adalah
seorang hamba Allah SWT
memohon keampunan-Nya.
Sekurang-kurangnya terdapat
13 petunjuk yang diajukan hamba
tersebut kepada Allah SWT.
Semuanya dengan
harapan dan permohonan
keampunan-Nya.
1. Ya Allah, ampunilah kesalahanku.
Kesalahan dapat
mencakup perintah Allah
yang dilalaikan atau larangan
Allah yang dilanggar.
2. Ya Allah, ampunilah kebodohanku.
Manusia tidak luput
daripada kebodohan.
Tidak ada manusia yang memiliki
pengetahuan sempurna.
Kebodohan seseorang sering kali
menyebabkan tingkah lakunya
yang tidak terpuji, sehingga ia p
erlu memohon ampunan Allah SWT
atas kebodohan dirinya itu.
3. Ya Allah, ampunilah perbuatanku
yang berlebihan dalam urusanku.
Kadang-kala kita mengerjakan
suatu perbuatan secara tidak adil
atau tidak profesional.
Perbuatan berlebihan tersebut
mungkin menyakiti hati, bahkan
menzalimi orang lain.
Maka kita berharap
ampunan Allah atas perbuatan
berlebihan di dalam berbagai urusan.
4. Ya Allah, ampunilah kesalahanku
yang Engkau lebih mengetahui daripadaku.
Manusia sering mengerjakan
kesalahan tanpa ia menyedarinya.
Boleh jadi ia lebih mudah dilihat
oleh oang lain, tetapi tidak bagi diri sendiri.
Maka untuk urusan seperti itu
seorang mukmin memohon ampunan
Allah Yang Maha Mengetahui
segala sesuatunya.
Seorang mukmin
mengakui bahawa Allah SWT
merupakan Zat Yang Maha Mengetahui
perkara yang ghaib mahupun nyata,
maka ia pun mengembalikan
semua dosa yang ia sendiri
tidak ketahui kepada Allah SWT.
5. Ya Allah, ampunilah kesalahanku.
Manusia boleh terlibat
di dalam banyak kesalahan.
Maka ia memohon kembali ampunan
Allah atas kesalahannya pada hal
sebelumnya dia telah melakukannya
kepada Allah SWT.
6. Ya Allah, ampunilah kemalasanku.
Kemalasan dapat menjadi
musuh utama yang menyebabkan
seseorang menunda, bahkan
melalaikan suatu kewajipan
yang mesti dikerjakan.
Pengakuannya di hadapan
Allah SWT bahawa dirinya
kadang-kadang dilanda kemalasan
yang mesti disertai dengan
permohonan ampunan Allah atasnya.
7. Ya Allah, ampunilah kesengajaanku.
Harus diakui bahawa
kadang-kadang kita secara sengaja
melakukan suatu kesalahan.
Entah kerana emosi atau terpengaruh
lingkungan atau pelbagai alasan lain.
Yang jelas, semua kesengajaan itu
mestilah disusuli dengan istighfar
dan permohonan keampunan-Nya.
8. Ya Allah, ampunilah kebodohanku.
Maha Suci Allah, ternyata
Rasulullah SAW sangat mengerti akan
kelemahan kita yang satu ini.
Manusia memang selalu kekurangan ilmu
sehingga mustahil terluput daripada kebodohan.
Oleh itu permohonan ampunan Allah
atas kebodohan diri perlu diajukan berulang kali.
9. Ya Allah, ampunilah gelak tawaku
yang semua itu ada pada diriku.
Apakah ketawa itu berdosa?
Tentunya tidak. Tetapi ..
bila dilakukan secara tidak profesional
atau melampaui, ia akan mendatangkan masalah.
Firman Allah:
" Maka hendaklah mereka
tertawa sedikit dan menangis banyak,
sebagai pembalasan daripada apa
yang selalu mereka kerjakan. "
(At-Taubah: 82)
Selain sabda Rasulullah SAW:
" Demi Allah,
andai kamu mengetahui
apa yang aku ketahui,
nescaya kamu jarang tertawa
dan sering menangis."
(Riwayat Tirmizi)
10. Ya Allah, ampunilah aku
atas dosa yang telah berlalu.
Setiap orang perlu berhati-hati
terhadap dosa lampau yang pernah
dilakukan dahulu. Berkemungkinan dosa-dosa
itu belum sempat kita menyesalinya.
Maka tiba masanya untuk kita mengakui
dan menginsafi di hadapan Allah SWT
seterusnya memohon keampunan-Nya.
11. Ya Allah, ampunilah aku
atas dosa yang mendatang.
Seorang mukmin pasti menyedari
bahawa kehidupan ini bukan sekadar
masa lalu dan masa kini. Ia juga meliputi
perkara mendatang. Begitu juga dengan
perlakuan dosa yang dikerjakan.
Ia tidak hanya terjadi di masa lalu
dan masa kini semata-mata.
Tetapi boleh terjadi di masa akan datang.
Oleh kerana itu,
dengan penuh kejujuran kita mengharapkan
keampunan Allah atas dosa yang akan
datang dan cuba mengelakkannya
daripada terjebak kepadanya.
12. Ya Allah, ampunilah aku
atas dosa yang aku samarkan.
Seorang mukmin sangat khuatir
dengan dosa yang dilakukan secara
sembunyi atau berselindung.
Sabda Rasulullah SAW:
" Sungguh aku mengetahui
bahawa ada suatu kaum daripada
umatku yang datang pada hari kiamat
dengan membawa kebaikan sebesar
gunung Tihamah yang putih,
lalu Allah menjadikan kebaikan itu
debu yang berterbangan."
Thauban berkata:
" Wahai Rasulullah,
sebutkanlah ciri-ciri mereka
kepada kami dan jelaskanlah
tentang mereka kepada kami,
supaya kami tidak menjadi seperti
mereka sedangkan kami
tidak mengetahuinya."
Baginda bersabda:
" Sesungguhnya mereka adalah
saudara-saudara kamu dan
daripada golongan kamu,
mereka solat malam sebagaimana kamu
mengerjakannya tetapi mereka adalah
kaum yang melakukan perbuatan
yang diharamkan Allah sedang
mereka berkhalwat (menyendiri). "
(Riwayat Ibnu Majah)
13. Ya Allah, ampunilah aku
atas dosa yang aku perbuat
dengan terang-terangan.
Sedangkan dosa yang dikerjakan
secara senyap atau tersembunyi itu
kita khuatir, apa lagi dosa
yang dilakukan secara terbuka.
Oleh itu,
keampunan daripada Allah SWT
amat diharapkan.
Sungguh amat luar biasa,
kesemua doa-doa yang diajarkan
oleh Rasulullah itu adalah merupakan
dosa dan kesalahan yang sering dilakukan
oleh setiap daripada kita lelaki atau perempuan,
sama ada secara disedari mahupun sebaliknya.
Maka itu, betapa bertuah umat Islam sekiranya
mereka juga berdoa sebagaimana yang
didoakan oleh Baginda SAW ini.
Sumber