Thursday, October 31, 2013

Anak Sulung @ Anak Pertama


Assalamualaikum dan Selamat Pagi Rabu kepada korang semua yang sudi singgah sini.Hari ni aku bersarapan sup telur,buat malam tadi tapi penat sangat dan lupa makan.huhu.Takpe,kita buat bekal datang keje.

Okey..ni nak cerita,dalam entri semalam-sembang bersama jiran,ada satu komen yang buat aku tertarik.aku suka baca komen korang tapi minta maaf sebab adakalanya aku tak reply komen tu.Bukan sombong tapi tak tahu nak reply macam mana.Okey ini dia komen tu..(baru je kenal blog ni)


anak sulung anak pertama 1






dah lama aku perhatikan benda ni dan aku selalu  rasa macam kena dengan diri aku (ini kisah pengalaman aku..lain orang,lain cerita).Komennya 'petuanya msti check anak sulung bagi cemerlang dulu.insyaAllah yg lain akan ikut jejak.insyaAllah'






Bukan mudah jadi anak sulung..orang kata besar tanggungjawabnya.Aku anak sulung dan bertemu jodoh pun dengan anak sulung juga(aku anak sulung 6 beradik,en abe pun anak sulung 6 beradik jugak).Dulu2 masa aku budak dan akalnya pendek,aku selalu berangan untuk ada abang@kakak.Pernah buat 'cerita pendek' sebelum tido macam mana kalau aku ada abang@kakak.hehe 'eh kamu,jangan buli kita.nanti kita bagitau abang kita suh pukul kamu'.eh sori,aku kecek kelate so dialog itu adalah selepas di terjemah.wakakaka






Selalu aku perhati,kalau anak sulung masuk U,adik2nya ramai akan ikut jejak.Kalau anak sulung keje kilang,ramailah adik2nya lepas tu ikut jejak keje kilang.Kat kampung aku ramai kawan-kawan sekolah jadi misi (lepas Spm mintak jadi misi) maka adik2nya lepas sorang2 masuk kolej kejururawatan jadi misi macam kakaknya juga.






Kadang2 pernah terdetik dalam hati 'nyesal tak belajar betul2 masa sekolah.kalau tak,mesti dapat masuk U.disebabkan aku tak masuk U,adik2 aku pun sama tak masuk U'maksud aku masuk U lepas tamat Spm,bukan yang masuk U lepas dah kerja dan belajar sendiri.Itu lain cerita.Walaupun dalam kes en abe,adik2nya masuk U jugak walaupun abangnya tidak.Apapun bersyukur sebab semuanya berjaya jadi orang.hehe.Alasan kan?zaman sekarang ni rajin ngan malas je..bersepah orang masuk U,kerja sambil belajar.   






Sebenarnya itu cuma kebetulan,tapi banyaknya macam tu la.Bila anak sulung berjaya ke U,adik2 ada semangat nak ikut jejak kakak/abang mereka ke menara gading.Orang kata 'anak sulung ibarat perintis jalan' @ ayat senang paham 'anak sulung tebas jalan untuk adik2 terus melangkah'.Besar harapan aku semoga kakak menjadi contoh yang baik untuk adik2nya.Itu doa seorang ibu moga Allah perkenankan doa ku itu.






Okey itu je nak cerita,nak kongsi cerita korang sila ke kotak komen ;) 


No comments:

Post a Comment